Thursday, December 8, 2011

before

Before attending an interview, there is a lot of feeling come out. Nervous is on the top and I can feel it right now. Even it was not related to my field of studied and even it just required SPM, it is OK for me. Not the salary the I'm emphasizing but an experience is much more important...15 Dec will be the day. Insyaallah....









16 dec. tudm ipoh. please come back soon ~ 


Tuesday, December 6, 2011

Today

Seorang wanita sanggup menyembunyikan perasaan sayang dan cintanye berpuluh-puluh tahun lamanya. Namun sayang, seorang wanita tak mampu menyembunyikan rasa cemburunya walaupun tidak di lafazkan dengan kata-kata mahupun dizahirkan melalai tingkah laku...

Wednesday, October 12, 2011

Another Heroes

Alhamdulillah ayah dengan mak dapat menantu sulung . Orang Segamat dan sekarang berkhidmat di penjara taiping. This is my first time tengok wedding bawah pedang. Congrats Along!









Mungkinkah wedding seterusnya juga dibawah pedang ?? Kalau ad jodoh, insyaallah... 


Wednesday, September 7, 2011

Orang Tua Itu

Yes!! Really mean it. Sebaik sahaja memulakan kerjaya yg tidak sampai 1jam. Datanglah lelaki tua bersama 2 anak perempuannya. Ketika itu, Dia sedang sebuk menyiapkan kerja2 lain yg ditinggalkan oleh pihak yg tidak bertanggungjawab (si 2P). Setelah menyediakan ap yg di inginkan oleh lelaki tua itu, tiba2 " Aaa..TIMUN xde ke? Tu saya nampak ad timun. Dalam gambar pon ad". Dia pun menjawab "Mintak maaf pakcik timun tu dh rosak. Jd xkn saya nk bagi jugak.(sila nilai perbualan tersebut) Tp dlm gambar tu ad. Jd awak ptot letak..blah2..blah2 (sila nilaikan). Amarah dan sakit hati Dia tiba2 dtg.Tambah pula kerja yg ditinggalkan 2P tergendala. "Klo pakcik still nk juga timun baru,kne tggu lah". "Aaa...Ok.Sy nk..Sy tunggu". Dalam hati Dia berkata "Bodoh betul" sambil memotong timun. Dengan perasaan marah, Dia membawa timun baru beserta chopping board untuk santapan tetamu istimewa itu. "Pkcik..pkcik....Timun nk berapa kilo?"Lelaki tua itu mula bersuara "ap dia". Dia memperbetulkan ayat tadi dgn amarah masih di didada "Timun...nk berapa?". Sambil Dia meletakkan timun itu kedalam bekas, lelaki tua itu terus membebel "Contohnya kalau kita niaga tepi jalan...blah..blah". Kerana takut amarahnya terus meluap2, Dia beredar dari situ.(nilaikan lagi) Tiba2! lelaki tua itu mengherdik dan terus mengherdik dengan nada kuat dan menjadi perhatian yg lain. Antara ayat2 yg dapat Dia dengar..."I'll submit a report.......". Dari terus melayan perasaan lelaki tua itu, Dia berlalu untuk menyelesaikan tugas yg tergendala td. Untuk seketika itu, tiada sebarang perasaan terpacu pada Dia. Selang beberapa minit kemudiaan, datanglah seseorang untuk bertanyakan keadaan dan mententeramkan Dia. Bagi lelaki tua pula, dengan keadaan marah itu, dia masih boleh menghabiskan sisa2 yg ad beserta TIMUN yg menjadi isu..(nilaikan).




That is what happen on my last week working there. Mula2 mmg geram bila facing dgn orang mcm tu. Tp itulah cabaran apabila kita bekerja dan berhadapan dgn masyarakat dari pelbagai latar belakang. Kalau xkena mcm 2, mungkin kita xkan sedar kekurangan yg ad pada diri..





Saturday, August 27, 2011

27 Aug 2011. I'm jobless for almost 3 months. Not even single call from any company. I'm hopeless. Huh!..I've decided to end my part time on middle of Sept. I'm not happy working there. I can't build a  good friendship there. Most of them were married. So I become shy to talk to them. 

Time after time I'm still trying to apply a job. How knows my fortune. Insyaallah I'll always pray.

Will officially become graduated student ~ 





mustaqim huzaim. ily

Friday, July 1, 2011

one step forward...

...Assalamualaikum....Hai kepada kamu dan kamu dan kamu. Ak baru lpas check result final sem yg sgt mengecewakan!! Tp ak tetap cool...hehehe. Pointer xsampai 3 beb!!! memang teruk dan teruk.. Tp ak tetap cool. Org lain pointer makin lame makin naik lagi2 last sem tp ak menjunam ke gaung mana pon ak xtaw. Tp ak tetap cool. Dh r tu eh..ckup2 r dgn result..

Anyway kamu dan kamu sekalian, ak dpt kje taw!alahah kje je lar kt mana2 pon asalkan dpt rase pengalaman berkerja 2. Maybe ak akan kerja kt situ sampai dpt kerja yg lagi better or sampai ak tua..hehehe.. Ye r.kita mn nk taw kn rezeki kita kt mana?? So daripada ak terus tanam anggur baik r ak kje. Ok lar kpd kamu dan kamu ak skng kerja kt ESSO ON THE RUN.. Alahh..petrol station r senang ckp! Tp bkn jd cashier yg kje kt kaunter 2 tp ak kje kt bahagian kitchen.. Alhamdulillah hari ni Jumaat 1 July, dh 5 hari ak kje kt situ..dh kerja kt dapur kn ap lg masak, kemas,amik order je lar kje ak.. Klo kje pagi ak akan start buat brkfast dgn masak burger,goreng karipap...bile msuk lunch hour byk kje sket lar. Masak nasi, masak ayam, msak syur, layan customer, cuci pinggang smua lar. Klo shift ptg kemas2 je... hehehe..mula2 mmg penat. Sakit kaki taw!!! tp next week insyaallah dh ok kot. jdi klo ad sape2 nk order ayamas ke boleh r bgtaw... sekor RM13.90..boleh pilih nk chicken honey ke?? black paper ke?? percik ke?? Oh...start next week ad promotion baru taw u oll.. set nasi beriyani..hehehhe...

Last but not least, he is currently at institut latihan tentera udara ipoh for his training for 6 months... All the best! ILY....


Wednesday, April 27, 2011

Last week i went to Bazar JB right after first exam. Niat dihati nk beli selipar or sandal je. Ok..ok..bercerita pasal selipar ni kn sbnenarnye ak xnk belanja beli pape lagi2 mengenangkan poket makin nipis dan ditambah STATUS BERHUTANG kt dalam aimsweb sebanyak RM 157 ye makcik pakcik tokwan....tetapi apakan daya selipar ku pergi xkembali disaat ak sedang berperang melawan macromolecules..kaki sakit sepak meja selipar putus jadi berjalan lah ak mcm org tempang keluar bilik exam. fuhhh!!! nasib baik ad kasut kt lab, klo x mmg ak malu besar petang 2... 

Ok bazar JB!!! sama mcm downtown kt Cheras dgn Danau Kota yg ko confirm semput nk jalan tu..
dh alang2 ak usung camera, ohh shoot !!













 
Alhamdulillah....Dia lepas ujian harini.Boleh tahan fit jgak!!! Dengan berkat doa kluarga dan org skeliling insyaallah dapat sampai ke ipoh nanti.. Tp klo xdapat pon xpe.. Smua tu rezeki. maybe next time boleh try lagi. Xkesah r belajar setakat diploma sekali pon, asalkan pandai cari rezeki, pandai berdikari, pandai jaga sahsiah diri dh ckup...






21st or 22nd may 2011 maybe already at home...MMMH

Wednesday, April 20, 2011

Hari-hari Terakhir

PSM!!! itulah yang ak akan menghadap sampai hari terakhir kt sini.

sampai sekarang ak still xdapat labelling data NMR...hampir muntah menghadap NMR...dan NMR dan NMR lagi...
sebab dh xtaw nk buat ap, meh sini ak tunjuk sedikit  writing  projek sarjana muda ak..
 

Thursday, April 14, 2011

Izinkan Abang Nikah Satu Lagi




                      



Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, 
terdiam seketika. Mungkin terkedu. 
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog 
tadi hanya dilafazkan di dalam TV,sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. 
TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklanSunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain 
yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. 
Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. 
Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya
kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. 
Kemudian, dia menjenguk bilik puterabujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. 
Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur 
keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, 
Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat 
jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.


"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga"
sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah 
Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara 
lunak Qis.


Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, 
cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan 
berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi 
Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.


"Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan 
wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. 

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! 
hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" 

Pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, 
tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan 
perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. 
Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah
periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.


Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan 
keinginan untuk menambah cawanganlagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai 
hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman 
daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" 
terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. 
Abang faham.Qistina mengalih pandangannya.


Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan 
pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah 
jika nak membuliaku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti 
seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun 
tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana 
Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga 
oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, 
hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti
keagamaan di masjid Putra.


Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta 
anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. 
Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.Namun, lenggok Qistina 
melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. 
Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari 
dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin 
yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah 
yang telahterjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa.
Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal
calon madu Aliyah.


Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.


"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat 
kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang."


Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan 
A4 itu dibuka perlahan.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi
 jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang 
Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih keranaAbang membawakan Aliyah 
seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian 
Aliyah..

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang 
sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran 
zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke 
neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih 
belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak 
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah 
lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang 
hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau 
selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita 
sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan 
semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya 
ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. 
Aliyah sayangkan Abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. 
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat 
Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar 
anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. 
Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung...hmmm.. 
Aliyah sayangkan Abang...

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap 
satu persatu, Aliyah tak terdaya.Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 
1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik 
memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. 
Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS 
ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan 
Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, 
sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... 
Aliyah sayangkan Abg...wanita yang setanding dengan Aliyah... 
Aliyah sayangkan Abang...

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. 
tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, 
roti canai...air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.


Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah 
bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya



Tuesday, April 5, 2011

A couple of swans in my room....

inilah yg berlaku disaat2 classmate terutama mariam sdg pulun study utk quiz biotech

silalah abaikan kaspersky itu ye...dan stick note itu juga 

yg ni sila abaikan cooler pad RM10 itu ...


* ak tidur dgn penuh berETIKA harini...*

Saturday, April 2, 2011

mereka pergi tiada ganti

assalamualaikum....

YES i'm!! ak bg salam..knpe?salah? urmm....entry kalinye sbnrnye di tujukan teramat istimewa utk arwah  kucing2 ak yg pergi xkembali (x suka kucing jgn sambung bace...)

Wednesday, March 30, 2011

sunset oh sunset...

kalau ad yg perasan last week warna langit seakan-akan terbakar around 6.45pm to 7.15. cantek ko!!!! 
xcaye nah tgk ni!!!



Thursday, March 24, 2011

weekend...



Talk less and picture more...bcoz it'll tell what was happened on 19-20 March 2011

start with....
Last dinner as undergrad's student 


tgk!!! PA sy joget sakan....

With a part of them

SSA...


sy tag Farah Izzati...


Friday, March 11, 2011

...happy graduation's day...



Happy Graduation's Day to You....


" i hope your dream take you.... 
to the corners of your smiles,
to the highest of your hopes,
to the windows of your opportunities,
and to the most special places your heart has ever known"

Don't live down to expectations. Go out there and do something remarkable







Monday, March 7, 2011

kami blogger aktif UTM



try ni, ok ke?




ye...ak sebahagian blogger aktif UTM!!!!

nama : NUR AIN ABDUL HALIM
umur : 21 tahun 8 bulan ye kalian
tempat menarik utk kenduri doa selamat ni : TASIK ILMU klo BALAI CERAP pon boley..
slogan : "saya rasa blogger UTM patut buat gathering sbb saya malas pergi ke dinner2 yg apabila saya memakai baju lain atau makeup lebih sikit dari kebiasaan ad yg akan buat bunyi " waaa...."etc. yg sgt annoying...."

sungguh berbisa ye slogan sy..


gathering oh gathering



Sunday, February 27, 2011

25-27 feb 2011



I’m calling you and keep calling you but I can’t reach you. i'm worried... I’m dialing the other number but you were not there too. So I’m assuming you are going ‘out’ as usual. Take care ~~




Friday, February 25, 2011

berakhirnya undian sebagai mahasiswa


Tanggal 21 Feb 2011 menjadi titik keramat bagi pelajar Universiti Tendang Menendang keluar mengundi. Mcm biasa r ad pihak tet & tet. Alaa….yg merah dgn oren tu…Dgn majority 2/3 undian keseluruhan automatic pihak tu akan menang.

Sape nk tahu cerita di sebalik pilihan raya saya??? Angkat tangan!!! Angkat tangan!!! nk angkat kaki pon boleyyy…

Baiklah makcik2 dan pakcik sekalian. Pilihan Raya Kampus (PRK) bermula dgn menamaan calon. Kalau ad yg perasan 4-5 hari sebelum tarikh pilihan raya, ad segelintir mahasiswa/ mahasiswi akan berkumpul depan bangunan HEP (nama baru-HEMA). Cotcet-cotcet dalam dewan, amik gambar, angkat sumpah semua habisss… Kemuncak ‘peperangan’ pon bermula pada malam selepas penamaan calon. Antara tempat panas untuk berperang semestinya Arked Meranti!!!

memang sesak nafas ko msuk meranti time ni...

kesian abang ni..xnampak TV

Xcukup dgn meranti, sambung fakulti plak…(seronok gile dpt gantung poster!!).


Pekara paling menarik sebelum hari undian à RAPAT UMUM~ time ni kita boleh tgk calon2 yg btanding ak kluar kn manifesto2 mereka..nk buat bumbung la…nk tambah bus la..dan paling best nk pertahan kn hentian bus di SRI PUTRI!!! Ok…calon yg nk pertahan kn hentian bus tu dh pon menang. So TUNGGUuuuu….


Pada hari pengundian, semua undian di buat di fakulti masing- masing dan pemandangan lazim berlaku seperti

tempat kejadian fakulti sains

Dan..dan..dan..disebabkan ak xsedar diri dgn test keesokan harinye tambah plak hati gelisah nk taw keputusan, “vromm..vromm...”(bunyi skuter fatin) 10 pm ak pon meluncur laju ke Dewan Sultan Ismail sambil mengusung nota.. igt nk smbung bace. Tp hampeh!!! Masuk kanan terus  keluar kiri(tanpa singgah2 ye). Around 12 am baru la pengumuman dibuat.. panas kot dlm dewan tu.. oren lg byk bersuara berbanding merahn ye..” jgn2!! buang kolej!! jgn2!! buang jkm!!!” haa…lebih kurang mcm tu la kata2 terakhir pihak oren…


amelia "buzy" study macromolecules


Sekian dari saya…..


“Jangan-jangan!! Kau menolak cintaku…jangan-jangan kau ragukan hatiku”….




Sunday, February 13, 2011

Nur Kasih will coming soon...

Filem Nur Kasih atau Nur Kasih The Movie (NKTM) bakal kembali meletup....gabungan pelakon-pelakon seperti Tiz Zaqyah dan Remy Ishak bakal mengembalikan nostalgia drama Nur Kasih.. tambah special dlm NKTM ni, adik yg comel sgt tu, MIA SARA pun ad taw...huhuhu. 

Yang pastinye kite akan lihat makcik-makcik berusia 40-an akan berkunjung ke panggung wayang utk sekian kalinye...


filem nurkasih nurkasih the movie

Saturday, February 12, 2011

feet's hair


ini adalah benar dan tiada yg benar melainkan yg benar2 belaka

amaran!!! buka mata, luaskn minda dan jauhi perkara negatif

Q: wanita ad bulu kaki ????
A: mesti r ad..klo xcaye sudah..
 
 Q: tp!!! kenapa wanita ad berbulu kaki ?? lebat mcm lelaki x?
A: setiap wanita mempunyai tahap kelebatan bulu disebabkan faktor spt umur, pemakanan dan genetik. contohnye UMUR. bg mereka yg berumur antara 20-30 thn, rambut mereka lebih lebat berbanding dgn wanita berusia 50 thn keatas. mcm tu jgak dlm kes bulu kaki.

bile bercakap pasal hal ni, confirm ad statement "mak i!! muka comel. tp bulu kaki lebat gile!!" dan statment wajib " ko ni selalu cukur eh? sbb 2 bulu kaki ko kerinting".

bagi yg berfikiran positif "kaki berbulu...biasa r tu.."

so disebabkn pandangan negatif ni ramai wanita telah mengambil jalan mudah utk buang bulu kaki dgn cara mencabut bulu, bercukur atau buat rawatan utk hilangknnye.(sanggup ko!!!!!)



tp!!! korang taw x sbnrnye perkara2 tu boleh buat bulu tumbuh lebih lebat!!!, lagi kasar dan lagi kerinting!!!

ye..ye...mmg betol ad sesetgh wanita membuang bulu sebagai hiasa diri utk nampak cantik. ad jugak yg nk kurangkan peluang peluh dan bacteria terperangkap di bulu terutama di persekitaran iklim panas & sejuk. dan..dan..dan..atas permintaan suami yg ingin isteri mereka tampil bersih..(TP klo yg belum kawin mcm mn ye??? OOOO...oooo...) 


hukum wanita mencukur bulu kaki


"BAGI seorang wanita mencukur atau mencabut bulu betis diharuskan atas sebab menjaga ciri-ciri kewanitaannya. Apabila Aishah r.a ditanya, adakah dibenarkan seorang wanita menghilangkan bulu di muka bagi memuaskan suaminya, beliau menyatakan hilangkan apa sahaja yang memudaratkan sekiranya boleh."

Penggunaan Veet iaitu sejenis krim untuk menghilangkan bulu dibenarkan sekiranya tidak memudaratkan. Bagi wanita yang berkahwin, dia hendaklah mendapat keizinan suami.

Perlu diingat bahawa terdapat beberapa sunnah dalam menjaga kebersihan diri. Antaranya Aishah ada meriwayatkan: “Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah): memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: “Berkata Mus‘ab: “Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur.” (Hadis riwayat Muslim)



wahai cik adik2 sekalian, bile kulit dh cantik... licin, jgn r nk amalkn pakaian x ckup kain ye..

bile ada bulu kaki mcm ni
*
*
*
*



after pakai veet jgn jadi mcm ni
*
*
*
*

Monday, January 31, 2011

introduction to photography....


finally.... i brought to you 






Sunday, January 16, 2011

cintaaaaa....


Seandainya Cinta di hati bisa terjaga dengan baik,
Meskipun pernah tersakiti,
Cinta selalu datang kembali tanpa diminta

Seandainya Cinta di hati bisa tetap ada,
Meskipun Ia tahu dalamnya laut,
Cinta selalu tulus mencoba menyelami dalamnya dasar laut

Seandainya Cinta di hati begitu kuat,
Meskipun ia sedar sebuah coin memiliki 2 mata sisi yang berbeda,
Cinta selalu menyatukan dan membuatnya menjadi berharga…

Cinta sejati adalah perasaan,
Terungkap denagn ucapan,
Tertuang dengan pengorbanan...

Selalu jagalah Cinta..
Yang tanpa kita sedari..
Selalu berdiri di samping kita..
Bersama kita selamanya.





“Cinta akan selalu Hidup di dalam Hati kita”