Wednesday, April 27, 2011

Last week i went to Bazar JB right after first exam. Niat dihati nk beli selipar or sandal je. Ok..ok..bercerita pasal selipar ni kn sbnenarnye ak xnk belanja beli pape lagi2 mengenangkan poket makin nipis dan ditambah STATUS BERHUTANG kt dalam aimsweb sebanyak RM 157 ye makcik pakcik tokwan....tetapi apakan daya selipar ku pergi xkembali disaat ak sedang berperang melawan macromolecules..kaki sakit sepak meja selipar putus jadi berjalan lah ak mcm org tempang keluar bilik exam. fuhhh!!! nasib baik ad kasut kt lab, klo x mmg ak malu besar petang 2... 

Ok bazar JB!!! sama mcm downtown kt Cheras dgn Danau Kota yg ko confirm semput nk jalan tu..
dh alang2 ak usung camera, ohh shoot !!













 
Alhamdulillah....Dia lepas ujian harini.Boleh tahan fit jgak!!! Dengan berkat doa kluarga dan org skeliling insyaallah dapat sampai ke ipoh nanti.. Tp klo xdapat pon xpe.. Smua tu rezeki. maybe next time boleh try lagi. Xkesah r belajar setakat diploma sekali pon, asalkan pandai cari rezeki, pandai berdikari, pandai jaga sahsiah diri dh ckup...






21st or 22nd may 2011 maybe already at home...MMMH

Wednesday, April 20, 2011

Hari-hari Terakhir

PSM!!! itulah yang ak akan menghadap sampai hari terakhir kt sini.

sampai sekarang ak still xdapat labelling data NMR...hampir muntah menghadap NMR...dan NMR dan NMR lagi...
sebab dh xtaw nk buat ap, meh sini ak tunjuk sedikit  writing  projek sarjana muda ak..
 

Thursday, April 14, 2011

Izinkan Abang Nikah Satu Lagi




                      



Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, 
terdiam seketika. Mungkin terkedu. 
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog 
tadi hanya dilafazkan di dalam TV,sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. 
TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklanSunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain 
yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. 
Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. 
Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya
kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. 
Kemudian, dia menjenguk bilik puterabujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. 
Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur 
keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, 
Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat 
jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.


"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga"
sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah 
Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara 
lunak Qis.


Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, 
cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan 
berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi 
Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.


"Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan 
wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. 

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! 
hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" 

Pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, 
tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan 
perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. 
Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah
periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.


Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan 
keinginan untuk menambah cawanganlagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai 
hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman 
daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" 
terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. 
Abang faham.Qistina mengalih pandangannya.


Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan 
pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah 
jika nak membuliaku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti 
seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun 
tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana 
Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga 
oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, 
hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti
keagamaan di masjid Putra.


Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta 
anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. 
Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.Namun, lenggok Qistina 
melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. 
Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari 
dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin 
yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah 
yang telahterjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa.
Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal
calon madu Aliyah.


Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.


"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat 
kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang."


Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan 
A4 itu dibuka perlahan.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi
 jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang 
Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih keranaAbang membawakan Aliyah 
seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian 
Aliyah..

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang 
sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran 
zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke 
neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih 
belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak 
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah 
lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang 
hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau 
selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita 
sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan 
semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya 
ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. 
Aliyah sayangkan Abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. 
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat 
Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar 
anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. 
Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung...hmmm.. 
Aliyah sayangkan Abang...

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap 
satu persatu, Aliyah tak terdaya.Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 
1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik 
memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. 
Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS 
ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan 
Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, 
sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... 
Aliyah sayangkan Abg...wanita yang setanding dengan Aliyah... 
Aliyah sayangkan Abang...

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. 
tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, 
roti canai...air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.


Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah 
bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya



Tuesday, April 5, 2011

A couple of swans in my room....

inilah yg berlaku disaat2 classmate terutama mariam sdg pulun study utk quiz biotech

silalah abaikan kaspersky itu ye...dan stick note itu juga 

yg ni sila abaikan cooler pad RM10 itu ...


* ak tidur dgn penuh berETIKA harini...*

Saturday, April 2, 2011

mereka pergi tiada ganti

assalamualaikum....

YES i'm!! ak bg salam..knpe?salah? urmm....entry kalinye sbnrnye di tujukan teramat istimewa utk arwah  kucing2 ak yg pergi xkembali (x suka kucing jgn sambung bace...)